• DASAR PRIVASI Electronic Security Industry Management System (eSIMS)

    PRIVASI
    Sistem eSIMS merupakan sistem maklumat terpusat bagi perlesenan Agensi Persendirian yang berujuan mengawal selia dan menguruskan hal ehwal syarikat agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 bagi syarikat kawalan keselamatan swasta dan pengawal keselamatan dengan lebih mudah, teratur, cepat, bersistematik dan efisen.

    MAKLUMAT PERIBADI
    Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan capaian kepada sistem eSIMS KDN. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

    MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
    Tiada maklumat peribadi yang dikumpul semasa pengguna melayari sistem ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengguna melalui pendaftaran di bahagian yang dilindungi di dalam sistem ini. Sistem ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas sebab keperluan peranan pengguna tersebut di dalam sistem dan telah mendapat persetujuan daripada pengguna melalui proses pendaftaran. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut;
    1. Nama Pengguna
    2. Nombor Kad Pengenalan
    3. Nombor Telefon
    4. Alamat
    5. E-mail

    KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN
    Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi ini mungkin ditolak atau terjejas.

    KERAHSIAAN
    Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi ini akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

    KESELAMATAN DATA
    Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

    PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI
    Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di Aplikasi ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada teknikal_esims@moha.gov.my

    Tarikh Akhir Dikemaskini : 29 JULAI 2022

    Electronic Security Industry Management System (eSIMS)