Electronic Security Industry Management System
LOG MASUK
MAKLUMAN SEMASA

HEBAHAN RASMI : PEMANSUHAN PEMPROSESAN PELANJUTAN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PLKS) BAGI PENGAWAL KESELAMATAN WARGANEGARA NEPAL DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) Baharu

  • 05 March 2026

Dimaklumkan bahawa selaras dengan keputusan YB Menteri Dalam Negeri, format pelanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) 3+2+2+2+1 bagi pengawal keselamatan warganegara Nepal telah dimansuhkan sepenuhnya dan digantikan dengan kaedah pelanjutan tahunan yang diproses secara terus oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui sistem Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS). 

Sehubungan itu, semua urusan pelanjutan PLKS pengawal keselamatan warganegara Nepal tidak lagi diproses oleh Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ini termasuk permohonan pelanjutan bagi tempoh perkhidmatan melebihi sepuluh (10) tahun, iaitu Tahun ke-11 hingga Tahun ke-13, yang kini diproses sepenuhnya oleh JIM mengikut prosedur imigresen sedia ada melalui sistem FWCMS, tanpa memerlukan pertimbangan atau pengeluaran surat pelanjutan daripada pihak KDN. 

Sehubungan dengan pelaksanaan keputusan ini, semua syarikat keselamatan berlesen tidak lagi perlu mengemukakan permohonan pelanjutan PLKS pengawal keselamatan warganegara Nepal kepada KDN, dan hendaklah membuat permohonan pelanjutan tersebut secara terus kepada pihak JIM melalui sistem FWCMS.

Untuk makluman, pelaksanaan ini adalah selaras dengan:

(1) Surat KDN kepada JIM bertarikh 20 Januari 2026 berhubung pemansuhan format pelanjutan PLKS sehingga Tahun ke-10;
(2) Surat KDN bertarikh 27 Februari 2026 berhubung pemansuhan pemprosesan pelanjutan PLKS bagi tempoh Tahun ke-11 hingga Tahun ke-13; dan
(3) Surat pemakluman JIM bertarikh 4 Mac 2026 yang memaklumkan pelaksanaan pemansuhan format pelanjutan tersebut dan pemprosesannya secara terus oleh JIM melalui sistem FWCMS. 

Walau bagaimanapun, permohonan dan kelulusan kuota pengambilan pengawal keselamatan warganegara Nepal masih kekal di bawah bidang kuasa KDN bagi tujuan penetapan dasar, pertimbangan keselamatan serta kawal selia industri keselamatan swasta.

Sehubungan itu, sebarang pertanyaan lanjut berkaitan urusan pelanjutan PLKS hendaklah dirujuk terus kepada JIM.

Sekian, terima kasih.

Unit Regulatori Syarikat Keselamatan
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Kementerian Dalam Negeri


PENUTUPAN KAUNTER PEMBAYARAN BAGI URUSAN LESEN AGENSI PERSENDIRIAN Baharu

  • 27 February 2026




HEBAHAN RASMI: PINDAAN SYARAT TEMPOH MINIMUM PENGLIBATAN PENGARAH/PEMEGANG SAHAM BERLATAR BELAKANG KESELAMATAN Baharu

  • 13 February 2026

Dimaklumkan bahawa selaras dengan keputusan YB Menteri Dalam Negeri, ketetapan tempoh minimum penglibatan pengarah/pemegang saham berlatar belakang keselamatan (bekas PDRM/ATM/penjawat awam Gred 54 sektor keselamatan) di bawah Perenggan 5.2 Pekeliling Agensi Persendirian Bilangan 1 Tahun 2010 telah diselaraskan daripada sepuluh (10) tahun kepada lima (5) tahun.

Pindaan ini dibuat bagi memperkukuh pendekatan kawal selia berasaskan risiko (risk-based regulation) tanpa menjejaskan prinsip kawalan keselamatan, selaras dengan keperluan tadbir urus industri keselamatan swasta dan kepentingan keselamatan awam serta negara.

Sehubungan itu, berkuat kuasa 13 Februari 2026, semua syarikat keselamatan hendaklah mengambil maklum bahawa tempoh minimum baharu yang ditetapkan adalah lima (5) tahun, tertakluk kepada kelulusan dan pertimbangan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi sebarang pertukaran pengarah atau pemegang saham sebagaimana peruntukan sedia ada.

Sebarang permohonan atau pertukaran struktur pengarah/pemegang saham hendaklah terus dikemukakan kepada KDN untuk pertimbangan dan kelulusan selaras dengan mekanisme kawal selia yang berkuat kuasa.

Sekian, terima kasih.

Unit Regulatori Syarikat Keselamatan
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Kementerian Dalam Negeri


ARAHAN MEWAJIBKAN PENGAWAL KESELAMATAN TEMPATAN DAN WARGANEGARA NEPAL MENJALANI LATIHAN CSG & TNG BAGI TAHUN 2026 Baharu

  • 09 January 2026

Program Latihan Certified Security Guards (CSG) dan Trained Nepalese Guards (TNG)  akan terus dilaksanakan pada tahun 2026 seiring dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memantapkan lagi kualiti perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan di negara ini. 


Sehubungan dengan itu, semua syarikat kawalan keselamatan yang berlesen di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 diwajibkan untuk memenuhi kuota Latihan CSG dan TNG bagi tahun 2026 sebagai syarat kelayakan untuk dipertimbangkan dalam pembaharuan Lesen Agensi Persendirian pada tahun berikutnya. Ketetapan kuota adalah seperti berikut:



Baki jumlah pengawal keselamatan yang masih belum menghadiri latihan CSG pada tahun 2026

Kuota Latihan CSG

101 pengawal dan ke atas

Minimum 70%

Kurang daripada 100 pengawal

Minimum 70 orang


Baki jumlah pengawal keselamatan warganegara Nepal yang masih belum menghadiri latihan TNG pada tahun 2026

Kuota Latihan TNG

101 pengawal dan ke atas

Minimum 20%

Kurang daripada 100 pengawal

Minimum 20 orang



PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN AGENSI PERSENDIRIAN BAGI TAHUN 2026

  • 21 August 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Permohonan pembaharuan lesen Agensi Persendirian bagi tahun 2026 akan dibuka bermula 1 September 2025 hingga 30 Disember 2025. Permohonan pembaharuan lesen yang diterima selepas tarikh tutup 30 Disember 2025 akan menyebabkan kelewatan dalam proses pembaharuan dan pengeluaran lesen.


Syarikat digalakkan untuk membuat janji temu secara atas talian terlebih dahulu melalui modul Janji Temu di sistem eSIMS yang akan dibuka bermula 1 September 2025 sebelum hadir untuk mengelakkan kesesakan.

Berikut adalah lampiran bagi dokumen-dokumen pembaharuan lesen Agensi Persendirian 2026:


PEMAKLUMAN PENGGUNAAN iPAYMENT BAGI PEMBAHARUAN LESEN AGENSI PERSENDIRIAN

  • 18 August 2025

Dimaklumkan bahawa bermula September 2025, semua urusan pembayaran bagi pembaharuan lesen agensi persendirian hendaklah dilakukan secara dalam talian melalui sistem iPayment, yang boleh diakses dari mana-mana lokasi dengan capaian internet https://ipayment.anm.gov.my/.

Sehubungan itu, syarikat-syarikat dinasihatkan untuk mula mendaftar dan mengaktifkan akaun iPayment masing-masing bagi memudahkan urusan bayaran lesen kelak. Panduan pendaftaran dan penggunaan sistem ini boleh dirujuk melalui Manual Pengguna iPayment yang telah disediakan.

Segala urusan pembayaran selepas September 2025 tidak lagi diterima melalui kaedah selain iPayment.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.


PEMAKLUMAN BERKENAAN STATUS PERMOHONAN PENAMBAHAN CAWANGAN, PERTUKARAN ALAMAT SYARIKAT DAN PENSTRUKTURAN SAHAM & AHLI LEMBAGA PENGARAH

  • 07 August 2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN BERKENAAN STATUS PERMOHONAN PENAMBAHAN CAWANGAN, PERTUKARAN ALAMAT SYARIKAT DAN PENSTRUKTURAN SAHAM & AHLI LEMBAGA PENGARAH 

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Regulatori Syarikat Keselamatan, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sedang menjalankan proses semakan dan pengemaskinian data bagi permohonan penambahan cawangan, pertukaran alamat syarikat dan penstrukturan saham & ahli lembaga pengarah syarikat kawalan keselamatan.

Untuk makluman, sebarang permohonan yang telah dikemukakan dan melebihi tempoh satu (1) tahun dari tarikh permohonan akan dibatalkan secara automatik kerana melebihi tempoh proses yang ditetapkan. Oleh itu, semua permohonan yang dikemukakan pada tahun 2023 dan ke bawah akan dibatalkan serta-merta.

Sekiranya syarikat masih berhasrat untuk meneruskan urusan penambahan cawangan, pertukaran alamat atau penstrukturan saham & ahli lembaga pengarah, permohonan baharu hendaklah dikemukakan mengikut tatacara semasa.

Segala kerjasama dan perhatian pihak syarikat dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum. 


PENANGGUHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN KUOTA PEKERJA ASING SECARA CASE BY CASE BAGI SEKTOR PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN

  • 03 November 2024

Adalah dimaklumkan bahawa pembukaan permohonan kuota pekerja asing secara case by case mulai 4 November 2024 DITANGGUHKAN sehingga ke suatu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebarang kesulitan yang timbul disebabkan penangguhan ini amatlah dikesali.


Sekian, harap maklum. 


SURAT AKUAN MEMERANGI JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG DAN BURUH PAKSA

  • 07 May 2024

Semua syarikat WAJIB mengembalikan Surat Akuan Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam. Sebarang permohonan berkaitan agensi persendirian tidak akan diproses sekiranya syarikat GAGAL mengembalikan surat akuan tersebut. 

  SURAT AKUAN/ IKRAR SYARIKAT DALAM MEMERANGI JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG DAN BURUH PAKSAAN


ARAHAN MEWAJIBKAN PENGAWAL KESELAMATAN WARGANEGARA NEPAL MENJALANI LATIHAN TNG 2024

  • 06 March 2024

  ARAHAN TNG 2024


BORANG DAN SENARAI SEMAK PERMOHONAN KEMASKINI MAKLUMAT MAJIKAN/ WAKIL MAJIKAN DAN PERTUKARAN NAMA/ALAMAT SYARIKAT (SISTEM MYIMMS)

  • 07 November 2023

Permohonan kemaskini maklumat majikan/wakil majikan dan permohonan pertukaran nama/alamat syarikat di dalam sistem MYIMMS perlulah menggunakan borang dan senarai semak yang dikeluarkan oleh Unit Regulatori Syarikat Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam, KDN sahaja. Borang permohonan adalah seperti yang dilampirkan:

  Borang Permohonan Kemaskini Maklumat Majikan/ Wakil Majikan

  Borang Permohonan Pengemaskinian Nama/Alamat Syarikat


SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENGAMBILAN PENGAWAL KESELAMATAN ASING (KUOTA BAHARU)

  • 04 October 2023

Permohonan kuota baharu pengambilan pengawal keselamatan warganegara Nepal perlulah menggunakan borang dan senarai semak yang dikeluarkan oleh Unit Regulatori Syarikat Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam, KDN seperti yang dilampirkan:

  Senarai Semak Permohonan Pengambilan Pengawal Keselamatan Asing (Kuota Baharu) Tahun 2023

  Borang Dan Senarai Semak Permohonan Pengambilan Pengawal Keselamatan Warganera Nepal


ARAHAN MENGEMASKINI STATUS CAWANGAN DAN PENGAWAL KESELAMATAN

  • 11 January 2023

Syarikat diarahkan untuk mengemaskini status cawangan yang tidak lagi beroperasi dan pengawal keselamatan yang telah berhenti dalam sistem eSIMS. Tindakan akan diambil terhadap syarikat yang GAGAL mematuhi arahan seperti surat edaran kepada PIKM KDN.K.S.700-3/1/7(41) bertarikh 28 Disember 2022


PERMOHONAN CTC CAWANGAN

  • 11 January 2023

Permohonan CTC Cawangan hendaklah dikemukakan bersama Lesen Premis Perniagaan yang aktif daripada Pihak Berkuasa Tempatan bagi setiap cawangan yang dimohon. 


PENGEMASKINIAN SENARAI KAKITANGAN DAN PENGAWAL KESELAMATAN

  • 27 July 2019

PERINGATAN!


Semua syarikat Agensi Persendirian adalah diwajibkan untuk mengemaskini senarai kakitangan dan pengawal keselamatan yang didaftarkan di dalam sistem ESIMS dari masa ke semasa. Syarikat hendaklah mengeluarkan nama kakitangan dan pengawal keselamatan samaada yang telah berhenti daripada syarikat atau tidak lagi berkhidmat dengan syarikat. Syarikat hendaklah mengambil tindakan serta merta berhubung perkara ini. 



PERMOHONAN RAYUAN KEPUTUSAN TAPISAN KESELAMATAN

  • 16 September 2018

BORANG PERMOHONAN RAYUAN KEPUTUSAN TAPISAN KESELAMATAN


ARAHAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM BARU BAGI PENGAWAL KESELAMATAN

  • 05 February 2016

ARAHAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM BARU BAGI PENGAWAL KESELAMATAN